Showing posts with label Nota. Show all posts
Showing posts with label Nota. Show all posts
Wednesday, March 27, 2013
Bab 12: Penilaian Bahasa Berasaskan Projek
Bab 11: Penilaian Pengalaman Pembelajaran
Bab 10: Penilaian Aktiviti Bahasa
Bab 9: Penilaian Kemahiran Bahasa
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA
1. Penilaian
Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
2. Penilaian
Kemahiran Membaca
3. Penilaian
Kemahiran Menulis
KEMAHIRAN LISAN
· Kemahiran
lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu
Kemahiran mendengar
· Kemahiran
paling asas
· Berlaku
pada peringkat penerimaan
· Murid yg
telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.
Kemahiran bertutur
·
Melafazkan bunyi-bunyi bahasa drpd alat-alat artikulasi
· Peringkat
penglahiran
· Perlu
ditiru & diajuk
· Model
bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.
Tujuan Kemahiran Lisan
· Menyebut
perkataan / ayat dgn betul
· Melatih
murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
· Untuk
berinteraksi dengan orang lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
· Melatih
murid agar berkeyakinan & percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
·
Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan
yang sesuai, &
perbendaharaan kata yang luas.
Kemahiran-kemahiran yg boleh diperoleh oleh murid :
· Bertutur
dengan tenang menggunakan gaya yang betul.
· Bertutur
dengan nada, intonasi, & sebutan yang betul.
· Mendengar dengan baik, memahami perkara yang
didengar, & menghormati pertuturan
orang lain.
· Bercerita
& membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
·
Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
·
Mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi.
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti
yang berikut:
· Bacaan
kuat
· Syarahan
·
Perbahasan
· Bercerita
·
Perbincangan
· Hafazan
· Temu bual
· Soal jawab
· Nyanyian
· Deklamasi
sajak
· Mendengar
dan memberi respon secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
· Mengesan
kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara
gramatis.
· Mendapat
maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
· Mengesan
kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
· Mengesan
kelancaran dalam sebutan.
· Mengesan
amalan dan sikap murid secara serta merta.
· Instrumen
penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
· Contoh :
PLBS
Konsep Kemahiran Mendengar
· Gabungan
segala yg didengar, difahami dan diingat.
·
Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara
berperingkat- peringkat.
· Individu
lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
· Harus
berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
· Aspek
fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
·
Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)
Peringkat Mendengar
* mendengar deretan bunyi
* Memahami bunyi-bunyi yg didengar
* Menilai bunyi-bunyi yg didengar
* Bertindak terhadap bunyi
Jenis-jenis mendengar
1. Mendengar pasif
* Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg
diujuarkan
* Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna,
persekitaran.
2. Mendengar secara bertelau-telau
* Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
* Lemah dalam bahasa yang dipelajari & tidak
didedahkan kepada suasana bahasa tersebut.
3. Mendengar tanpa tindak balas
* Mendengar tp tidak bertindak balas
* Tidak beremosi dan tidak memahami
4. Mendengar secara menebuk-nebuk
* Berlaku pada pelajar bahasa ibunda
* Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut
tetapi sebenarnya tidak
5. Mendengar secara beremosi
* Mendengar & mampu meransang emosi
* Merasa sesuatu dan bertindak balas
6. Mendengar secara berhati-hati
* Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
* Memahami ujaran dgn tepat
7. Mendengar secara kritikal
* Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis
dan analitis)
* PnP KBKK
8. Mendengar secara pengamatan
* Murid sudah mampu berfikir kritikal
* Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yang
didengar lebih bermakna)
9. Mendengar secara kreatif
* Mengulas, mengritik, menilai
* Mencapai penguasaan bahasa yang baik
Peringkat-peringkat kemahiran mendengar & contoh :
Peringkat awal
* Melakukan sesuatu yang disuruh
* Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
* Mengecam, mengajuk & memilih bunyi
Peringkat pertengahan
* Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
* Mengesan urutan
* Mengenal sebab dan akibat
Peringkat maju
* Mengenal isi-isi penting
* Mengenal peranan dan perhubungan org yang bercakap
* Mentafsir maksud
* Memberitahu tekanan dan intonasi
Kemahiran Bertutur
Konsep
* Gabungan bunyi-bunyi bahasa
* Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur
belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak)
* Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi
pertuturan
* Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi,
struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.
Aspek-aspek Pertuturan
1. Sebutan
* murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan
bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
* Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya
dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi,
ejaan dan makna.
2. Tekanan
* Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan
memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
* Biasanya dilakukan pada suku kata.
* Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu
pengucapan itu.
* Lambangnya ialah /?/.
* Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan
untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.
3. Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
* Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
* Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah
setengah mora.
4. Kefasihan
* boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang
kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.
5. Laras bahasa
* kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks,
suasana, atau situasi yang sesuai
* melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
* Bertujuan untuk berkomunikasi.
6. Tatabahasa
* merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang
yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
* Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan
sintaksis
* fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan
menyebut dengan tepat.
* morfologi, mereka harus memilih, membina, dan
menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
* sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan
menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
* Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan
sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.
7. Jeda
* jeda = persendian
* digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic
seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
* Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan
sebagai hentian sebentar.
* Lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna
yang berbeza)
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.
8. Intonasi
* merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
* juga disebut sebagai nada suara
* intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama
dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
* intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan
sebagainya.
9. Nada
* nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun
sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
* nada tidak bersifak fonemik.
10. Kelancaran
* bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan
kemas.
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan
dengan baik dan
* menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas,
licin, dan teratur.
KEMAHIRAN MENULIS
Penilaian Kemahiran Menulis
Penilaian
penulisan dilakukan dengan menilai :ü
- karangan- laporan projek/kerja kursus/folio- latihan
dan ujian bertulis- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.
Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :ü- kemahiran menulis-
menyusun idea- perbendaharaan kata- mengaplikasi- mentafsir- menilai-
mempertahan / menyokong hujah- menyebar idea / buat rumusan / cadangan
KEMAHIRAN MEMBACA
•Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk
memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :
Konsep membaca:
Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa
yang ditulis’ (WILLIAMS 1984).
Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat
maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol
atau tulisan yang dilihat.
Tujuan:
• Mengetahui isi-isi penting.
• Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang
perlu difahami dan
diingati.
• Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat
membuat nota ringkas
supaya mudah diingati dan difahami.
Peringkat bacaan:
• Kesediaan membaca
• Prabacaan
• Membaca mekanis
• Membaca mentalis
• Bacaan Intensif
• Bacaan Ekstensif
Bab 8: Kaedah Penilaian Bahasa ( Projek & Kertas kerja)
Bab 7: Kaedah Penilaian Bahasa ( Kontrak Pembelajaran & Soal Jawab)
Bab 6: Kaedah Penilaian Bahasa ( Portfolio & Pemerhatian)
Bab 13: Penilaian Berasaskan Sekolah
Thursday, February 14, 2013
Bab 3: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Thursday, January 31, 2013
Bab 2: Taksonomi dan Domain

- APA ITU TAKSONOMI???
Kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan organisma itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005)
Terdapat 3 domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu: Domain Kognitif, Domain Afektif dan Domain Psikomotor.TAKSONOMI BLOOM
- KONSEP TAKSONOMI BLOOM

- ARAS TAKSONOMI BLOOM

- Pengetahuan
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat, dan nama yang telah dipelajari.
- perkataan yang biasa digunakan dalam soalan pada peringkat ini ialah: namakan, berikan nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
- contoh soalan: Bilakah Malaysia merdeka?
- Kefahaman
- menguji kebolehan calon menterjemah, memahami, dan menginterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
- perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat ini ialah: terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan dan sebagainya.
- Aplikasi
- peringkat ini menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip, dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- perkataan yang biasa digunakan ialah: bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
- Analisis
- peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- perkataan yang biasa digunakan ialah: bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
- Sintesis
- menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yan dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
- Penilaian
- merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori, dan sebagainya.
DOMAIN KRATHWOHL


Friday, January 25, 2013
Bab 1: Pengertian dan Konsep
PENTAKSIRAN
PENGUJIAN
- DEFINISI PENTAKSIRAN
"Berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud 'duduk bersama' dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan."Menurut Salvia dan Yseldyke, 1978
Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.Menurut Gearheart, 1990
Pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.Menurut David Lambert dan David Lines, 2000
Pentaksiran dari segi definisi pula membawa maksud proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000
Pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
- TUJUAN PENTAKSIRAN
Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
- KEPENTINGAN PENTAKSIRAN
- Mendapatkan gambaran prestasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
- Guru boleh memperbaiki kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK
- Kekomprehensifan
- Keobjektifan
- Kebolehtadbiran
- Kesahan skor
- Kebolehpercayaan skor
- Kemudahtafsiran
PENGUJIAN
- DEFINISI PENGUJIAN
" Proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku seseorang individu atau pelajar.Menurut Ismail Abu Bakae et. al, 1985
Satu teknik mendapatkan maklumat tingkah laki seseorang individu.
- TUJUAN PENGUJIAN
- Mengukur pembelajaran dan pencapaian
- Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)
- Mendiskriminasikan antara pelajar :: memberi gred
- Memotivasikan pelajar
- Menyediakan maklum balas kepada pelajar dan guru
- Mengukur keberkesanan pengajaran
- CIRI-CIRI PENGUJIAN
- Tuliskan
- Tunjukkan
- Senaraikan
- Terangkan
- Kelaskan
- Bincangkan
* Kerangka masa sama ada satu minggu, satu jangka masa atau akhir semester.
- PROSES PENGUJIAN

- JENIS PENGUJIAN
- Ujian Pencapaian
- Ujian Bakat
- Ujian Kemahiran
PENILAIAN
- DEFINISI PENILAIAN
Menurut Stufflebeam et. al, 1971
Penilaian sebagai the process of delineating, obtaining and providing useful information for judging decision alternatives.
Menurut Terry D. TenBrick, 1974
Proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan unruk membuat pertimbangan yang seterusnya dibuat dalam membuat keputusan.
- PRINSIP ASAS PENILAIAN
Guru harus menentukan:
- Tujuan penilaian
- Bidang yang dinilai
- Calon yang dinilai
- Teknik yang hendak digunakan (termasuk kesedaran kekurangan dan kelemahan dalam teknik)
- KEPENTINGAN PENILAIAN
Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar
Menolong guru-guru sejauh mana pelajar dapat menguasai perkara yang telah disampaikan.
Membolehkan guru menilai bahan dan teknik yang digunakan serta kaedah pengajaran mereka.
- JENIS-JENIS PENILAIAN
