PENTAKSIRAN
PENGUJIAN
- DEFINISI PENTAKSIRAN
"Berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud 'duduk bersama' dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan."Menurut Salvia dan Yseldyke, 1978
Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.Menurut Gearheart, 1990
Pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.Menurut David Lambert dan David Lines, 2000
Pentaksiran dari segi definisi pula membawa maksud proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000
Pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
- TUJUAN PENTAKSIRAN
Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
- KEPENTINGAN PENTAKSIRAN
- Mendapatkan gambaran prestasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
- Guru boleh memperbaiki kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK
- Kekomprehensifan
- Keobjektifan
- Kebolehtadbiran
- Kesahan skor
- Kebolehpercayaan skor
- Kemudahtafsiran
PENGUJIAN
- DEFINISI PENGUJIAN
" Proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku seseorang individu atau pelajar.Menurut Ismail Abu Bakae et. al, 1985
Satu teknik mendapatkan maklumat tingkah laki seseorang individu.
- TUJUAN PENGUJIAN
- Mengukur pembelajaran dan pencapaian
- Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)
- Mendiskriminasikan antara pelajar :: memberi gred
- Memotivasikan pelajar
- Menyediakan maklum balas kepada pelajar dan guru
- Mengukur keberkesanan pengajaran
- CIRI-CIRI PENGUJIAN
- Tuliskan
- Tunjukkan
- Senaraikan
- Terangkan
- Kelaskan
- Bincangkan
* Kerangka masa sama ada satu minggu, satu jangka masa atau akhir semester.
- PROSES PENGUJIAN
- JENIS PENGUJIAN
- Ujian Pencapaian
- Ujian Bakat
- Ujian Kemahiran
PENILAIAN
- DEFINISI PENILAIAN
Menurut Stufflebeam et. al, 1971
Penilaian sebagai the process of delineating, obtaining and providing useful information for judging decision alternatives.
Menurut Terry D. TenBrick, 1974
Proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan unruk membuat pertimbangan yang seterusnya dibuat dalam membuat keputusan.
- PRINSIP ASAS PENILAIAN
Guru harus menentukan:
- Tujuan penilaian
- Bidang yang dinilai
- Calon yang dinilai
- Teknik yang hendak digunakan (termasuk kesedaran kekurangan dan kelemahan dalam teknik)
- KEPENTINGAN PENILAIAN
Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar
Menolong guru-guru sejauh mana pelajar dapat menguasai perkara yang telah disampaikan.
Membolehkan guru menilai bahan dan teknik yang digunakan serta kaedah pengajaran mereka.
- JENIS-JENIS PENILAIAN
No comments:
Post a Comment