Thursday, January 31, 2013

Bab 2: Taksonomi dan Domain




  • APA ITU TAKSONOMI???
Kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan organisma itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005) 
Terdapat 3 domain utama  yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu: Domain Kognitif, Domain Afektif dan  Domain Psikomotor.
TAKSONOMI BLOOM

  • KONSEP TAKSONOMI BLOOM

  • ARAS TAKSONOMI BLOOM

  • Pengetahuan
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat, dan nama yang telah dipelajari. 
- perkataan yang biasa digunakan dalam soalan pada peringkat ini ialah: namakan, berikan nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya. 
- contoh soalan: Bilakah Malaysia merdeka?

  • Kefahaman
- menguji kebolehan calon  menterjemah, memahami, dan menginterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. 
- perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat ini ialah: terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan dan sebagainya.

  • Aplikasi
- peringkat ini menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip, dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- perkataan yang biasa digunakan ialah: bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

  •  Analisis
- peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- perkataan yang biasa digunakan ialah: bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

  •  Sintesis
- menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yan dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.


  • Penilaian
- merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori, dan sebagainya.

DOMAIN KRATHWOHL



Friday, January 25, 2013

Bab 1: Pengertian dan Konsep


PENTAKSIRAN

  • DEFINISI PENTAKSIRAN
"Berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud 'duduk bersama' dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan."
Menurut Salvia dan Yseldyke, 1978
Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.
Menurut Gearheart, 1990
Pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. 
 Menurut David Lambert dan David Lines, 2000
Pentaksiran dari segi definisi pula membawa maksud proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.
Menurut  Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000
Pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
  •  TUJUAN PENTAKSIRAN
Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
  • KEPENTINGAN PENTAKSIRAN
  1. Mendapatkan gambaran prestasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
  3. Guru boleh memperbaiki kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  •  CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK
  1. Kekomprehensifan
  2. Keobjektifan
  3. Kebolehtadbiran
  4. Kesahan skor
  5. Kebolehpercayaan skor
  6. Kemudahtafsiran 

 PENGUJIAN 

  • DEFINISI PENGUJIAN
" Proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku seseorang individu atau pelajar.
Menurut Ismail Abu Bakae et. al, 1985
Satu teknik mendapatkan maklumat tingkah laki seseorang individu.
  • TUJUAN PENGUJIAN 
  1. Mengukur pembelajaran dan pencapaian
  2. Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)
  3. Mendiskriminasikan antara pelajar :: memberi gred
  4.  Memotivasikan pelajar
  5.  Menyediakan maklum balas kepada pelajar dan guru
  6.  Mengukur keberkesanan pengajaran
  • CIRI-CIRI PENGUJIAN
* Mempunyai kata tugas perbuatan seperti:
  1. Tuliskan
  2. Tunjukkan
  3. Senaraikan
  4. Terangkan
  5. Kelaskan
  6. Bincangkan
 * Kenyataan kandungan berdasarkan kepada objektif kursus atau pengajaran dan pembelajaran.
 * Kerangka masa sama ada satu minggu, satu jangka masa atau akhir semester.
  • PROSES PENGUJIAN
  • JENIS PENGUJIAN
  1. Ujian Pencapaian
  2. Ujian Bakat
  3. Ujian Kemahiran

 PENILAIAN

  • DEFINISI PENILAIAN
Menurut Stufflebeam et. al, 1971
Penilaian sebagai the process of delineating, obtaining and providing useful information for judging decision alternatives. 
    Menurut Terry D. TenBrick, 1974
    Proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan unruk membuat pertimbangan yang seterusnya dibuat dalam membuat keputusan.

    • PRINSIP ASAS PENILAIAN 
    Guru harus menentukan:
    1. Tujuan penilaian
    2. Bidang yang dinilai
    3. Calon yang dinilai
    4. Teknik yang hendak digunakan (termasuk kesedaran kekurangan dan kelemahan dalam teknik)

    •  KEPENTINGAN PENILAIAN
    Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar
    Menolong guru-guru sejauh mana pelajar dapat menguasai perkara yang telah disampaikan.
    Membolehkan guru menilai bahan dan teknik yang digunakan serta kaedah pengajaran mereka.

    • JENIS-JENIS PENILAIAN

    Copyright© All Rights Reserved Cikguleanano.blogspot.com