Wednesday, March 27, 2013

Laman Utama


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... :)

Alhamdulillah, akhirnya blog ini berjaya dibina dengan memuatkan semua nota dan amali bagi kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103). Semoga dengan wujudnya blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat dan dapat memenuhi syarat pemarkahan bagi kerja kursus BMM 3103.
Akhir kata, semoga blog ini bakal menjadi medan untuk perkongsian ilmu dan maklumat berkaitan kursus BMM 3103.

Terima kasih kepada pensyarah penasihat iaitu:


Sila Rujuk:
Biodata
Proforma 
Nota
Amali
Rujukan

Latihan Ulangkaji

Bab 12: Penilaian Bahasa Berasaskan Projek

Bab 11: Penilaian Pengalaman Pembelajaran

Bab 10: Penilaian Aktiviti Bahasa

Bab 9: Penilaian Kemahiran Bahasa


PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA
1.    Penilaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
2.    Penilaian Kemahiran Membaca
3.    Penilaian Kemahiran Menulis

KEMAHIRAN LISAN
·         Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu
Kemahiran mendengar
·         Kemahiran paling asas
·         Berlaku pada peringkat penerimaan
·         Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan             mentafsir apa yg didengar.
Kemahiran bertutur
·         Melafazkan bunyi-bunyi bahasa drpd alat-alat artikulasi
·         Peringkat penglahiran
·         Perlu ditiru & diajuk
·         Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tapi model bahasa baik tidak   semestinya menjamin ajukan yg baik.
Tujuan Kemahiran Lisan
·         Menyebut perkataan / ayat dgn betul
·         Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
·         Untuk berinteraksi dengan orang lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
·         Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kepada diri (berani bercakap,   menyatakan perasaan dan kehendak)
·         Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang             sesuai, & perbendaharaan kata yang luas.

Kemahiran-kemahiran yg boleh diperoleh oleh murid :
·         Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul.
·         Bertutur dengan nada, intonasi, & sebutan yang betul.
·         Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar, & menghormati         pertuturan orang lain.
·         Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
·         Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
·         Mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi.

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
·         Bacaan kuat
·         Syarahan
·         Perbahasan
·         Bercerita
·         Perbincangan
·         Hafazan
·         Temu bual
·         Soal jawab
·         Nyanyian
·         Deklamasi sajak
·         Mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :
·         Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
·         Mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
·         Mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
·         Mengesan kelancaran dalam sebutan.
·         Mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
·         Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
·         Contoh : PLBS

Konsep Kemahiran Mendengar
·         Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
·         Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-       peringkat.
·         Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
·         Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
·         Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
·         Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)

Peringkat Mendengar
* mendengar deretan bunyi
* Memahami bunyi-bunyi yg didengar
* Menilai bunyi-bunyi yg didengar
* Bertindak terhadap bunyi

Jenis-jenis mendengar
1. Mendengar pasif
* Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
* Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.
2. Mendengar secara bertelau-telau
* Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
* Lemah dalam bahasa yang dipelajari & tidak didedahkan kepada suasana bahasa tersebut.

3. Mendengar tanpa tindak balas
* Mendengar tp tidak bertindak balas
* Tidak beremosi dan tidak memahami

4. Mendengar secara menebuk-nebuk
* Berlaku pada pelajar bahasa ibunda
* Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut tetapi sebenarnya tidak

5. Mendengar secara beremosi
* Mendengar & mampu meransang emosi
* Merasa sesuatu dan bertindak balas

6. Mendengar secara berhati-hati
* Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
* Memahami ujaran dgn tepat

7. Mendengar secara kritikal
* Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
* PnP KBKK

8. Mendengar secara pengamatan
* Murid sudah mampu berfikir kritikal
* Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yang didengar lebih bermakna)

9. Mendengar secara kreatif
* Mengulas, mengritik, menilai
* Mencapai penguasaan bahasa yang baik

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar & contoh :
Peringkat awal
* Melakukan sesuatu yang disuruh
* Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
* Mengecam, mengajuk & memilih bunyi
Peringkat pertengahan
* Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
* Mengesan urutan
* Mengenal sebab dan akibat
Peringkat maju
* Mengenal isi-isi penting
* Mengenal peranan dan perhubungan org yang bercakap
* Mentafsir maksud
* Memberitahu tekanan dan intonasi

Kemahiran Bertutur
Konsep
* Gabungan bunyi-bunyi bahasa
* Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak)
* Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
* Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek Pertuturan
1. Sebutan
* murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
* Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.
2. Tekanan
* Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
* Biasanya dilakukan pada suku kata.
* Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
* Lambangnya ialah /?/.
* Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.
3. Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
* Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
* Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

4. Kefasihan
* boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.
5. Laras bahasa
* kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
* melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
* Bertujuan untuk berkomunikasi.
6. Tatabahasa
* merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
* Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
* fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
* morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
* sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
* Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.
7. Jeda
* jeda = persendian
* digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
* Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
* Lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.


8. Intonasi
* merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
* juga disebut sebagai nada suara
* intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
* intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.
9. Nada
* nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
* nada tidak bersifak fonemik.
10. Kelancaran
* bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan
* menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

KEMAHIRAN MENULIS
Penilaian Kemahiran Menulis
 Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :ü
- karangan- laporan projek/kerja kursus/folio- latihan dan ujian bertulis- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta. Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :ü- kemahiran menulis- menyusun idea- perbendaharaan kata- mengaplikasi- mentafsir- menilai- mempertahan / menyokong hujah- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

KEMAHIRAN MEMBACA
•Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :

Konsep membaca:
Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984).
Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.
Tujuan:
• Mengetahui isi-isi penting.
• Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan
diingati.
• Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas
supaya mudah diingati dan difahami.

Peringkat bacaan:
• Kesediaan membaca
• Prabacaan
• Membaca mekanis
• Membaca mentalis
• Bacaan Intensif
• Bacaan Ekstensif

Bab 8: Kaedah Penilaian Bahasa ( Projek & Kertas kerja)

Bab 7: Kaedah Penilaian Bahasa ( Kontrak Pembelajaran & Soal Jawab)

Bab 6: Kaedah Penilaian Bahasa ( Portfolio & Pemerhatian)

Bab 5: Jenis Penilaian Bahasa

Bab 4: Pembinaan Ujian

Bab 13: Penilaian Berasaskan Sekolah



Nota Lain Berkaitan Tajuk Ini:

Komponen Akademik. (rujuk di sini)

Amali 12: Penilaian Pengalaman Pembelajaran

Membuat penilaian pengalaman pembelajaran di bilik darjah


Amali 11: Penilaian Bahasa Berasaskan Projek

Menggunakan Instrumen Dalam Penilaian Web

Membina Blog: cikguleanano.blogspot.com


Instrumen Penilaian Blog


Amali 10: Penilaian Aktiviti Bahasa

Menilai dengan menggunakan instrumen sajak.

Contoh Video Deklamasi Sajak


Amali Penulisan Sajak


Instrumen Penulisan Sajak

Amali 9: Penilaian Kemahiran Bahasa

Membina instrumen dan bahan  bagi:
Penilaian kemahiran mendengar dan bertutur,
Penilaian Kemahiran Membaca,
Penilaian Kemahiran Menulis

PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA




PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

Amali 8: Kaedah Penilaian Bahasa

Membina instrumen penilaian melalui projek dan melalui kertas kerja

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Projek from hardtoknow

PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA

Amali 7: Kaedah Penilaian Bahasa- Portfolio dan Pemerhatian-

Membina alatan bagi penilaian portfolio dan pemerhatian

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran from hardtoknow


  • Contoh lain: 

Amali 6: Kaedah Penilaian Bahasa- Portfolio dan Pemerhatian

Membina instrumen bagi penilaian portfolio dan pemerhatian
  • INSTRUMEN PENILAIAN PEMERHATIAN


  • INSTRUMEN PENILAIAN POTFOLIO

Tuesday, March 26, 2013

Amali 4: Pembinaan Ujian

Membina soalan objektif dan subjektif dengan berdasarkan JSU



Friday, March 22, 2013

Amali 1: Pengertian dan Konsep

Mengumpul dan membincangkan kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun

DEFINISI


  • Ujian Bulanan
Mengukur dan menilai sejauh manapenguasaan dan pemahaman murid terhadap sesuatu tajuk pelajaran pada bulan itu
CONTOH KERTAS UJIAN BULANAN


Bm SK Kertas 1 from Megawati Jalaludin



  • Ujian Semester
Mengukur dan meilai sejauh mana penguasaan dan pemahaman murid dalam tajuk pelajaran yang dipelajari sepanjang tempoh pembelajaran lima bulan


CONTOH KERTAS UJIAN SEMESTER


Bahasa Malaysia 2 tahun 4 from Namaku Mahani




  • Ujian Akhir Tahun
Mengukur dan menilai sejauh mana penguasaan dan pemahaman murid dalam tajuk pelajaran yang dipelajari secara keseluruhan sepanjang tahun iaitu selama setahun

 CONTOH KERTAS UJIAN SEMESTER


Wednesday, March 13, 2013

Amali 3: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Bengkel pembinaan JSU berdasarkan contoh soalan ujian Bahasa Melayu Sekolah Rendah.


 

Friday, March 1, 2013

Amali 5: Jenis Penilaian Bahasa

Membina Alatan Penilaian Ujian Kefasihan, Ujian Kemajuan dan Ujian Bakat

UJIAN KEMAJUAN

 


Berikut ialah contoh ujian kemajuan daripada kumpulan lain:




Bagi ujian lain seperti: 

UJIAN KEFASIHAN, sila klik di sini

UJIAN BAKAT,

Wednesday, February 27, 2013

Amali 2 : Taksonomi dan Domain

Membina Soalan Bahasa Melayu Mengikut Aras Taksonomi dan Domain


Thursday, January 31, 2013

Bab 2: Taksonomi dan Domain




  • APA ITU TAKSONOMI???
Kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan organisma itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005) 
Terdapat 3 domain utama  yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu: Domain Kognitif, Domain Afektif dan  Domain Psikomotor.
TAKSONOMI BLOOM

  • KONSEP TAKSONOMI BLOOM

  • ARAS TAKSONOMI BLOOM

  • Pengetahuan
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat, dan nama yang telah dipelajari. 
- perkataan yang biasa digunakan dalam soalan pada peringkat ini ialah: namakan, berikan nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya. 
- contoh soalan: Bilakah Malaysia merdeka?

  • Kefahaman
- menguji kebolehan calon  menterjemah, memahami, dan menginterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. 
- perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat ini ialah: terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan dan sebagainya.

  • Aplikasi
- peringkat ini menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip, dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- perkataan yang biasa digunakan ialah: bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

  •  Analisis
- peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- perkataan yang biasa digunakan ialah: bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

  •  Sintesis
- menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yan dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.


  • Penilaian
- merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori, dan sebagainya.

DOMAIN KRATHWOHL



Friday, January 25, 2013

Bab 1: Pengertian dan Konsep


PENTAKSIRAN

  • DEFINISI PENTAKSIRAN
"Berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud 'duduk bersama' dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan."
Menurut Salvia dan Yseldyke, 1978
Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.
Menurut Gearheart, 1990
Pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. 
 Menurut David Lambert dan David Lines, 2000
Pentaksiran dari segi definisi pula membawa maksud proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.
Menurut  Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000
Pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
  •  TUJUAN PENTAKSIRAN
Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
  • KEPENTINGAN PENTAKSIRAN
  1. Mendapatkan gambaran prestasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
  3. Guru boleh memperbaiki kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  •  CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK
  1. Kekomprehensifan
  2. Keobjektifan
  3. Kebolehtadbiran
  4. Kesahan skor
  5. Kebolehpercayaan skor
  6. Kemudahtafsiran 

 PENGUJIAN 

  • DEFINISI PENGUJIAN
" Proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku seseorang individu atau pelajar.
Menurut Ismail Abu Bakae et. al, 1985
Satu teknik mendapatkan maklumat tingkah laki seseorang individu.
  • TUJUAN PENGUJIAN 
  1. Mengukur pembelajaran dan pencapaian
  2. Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)
  3. Mendiskriminasikan antara pelajar :: memberi gred
  4.  Memotivasikan pelajar
  5.  Menyediakan maklum balas kepada pelajar dan guru
  6.  Mengukur keberkesanan pengajaran
  • CIRI-CIRI PENGUJIAN
* Mempunyai kata tugas perbuatan seperti:
  1. Tuliskan
  2. Tunjukkan
  3. Senaraikan
  4. Terangkan
  5. Kelaskan
  6. Bincangkan
 * Kenyataan kandungan berdasarkan kepada objektif kursus atau pengajaran dan pembelajaran.
 * Kerangka masa sama ada satu minggu, satu jangka masa atau akhir semester.
  • PROSES PENGUJIAN
  • JENIS PENGUJIAN
  1. Ujian Pencapaian
  2. Ujian Bakat
  3. Ujian Kemahiran

 PENILAIAN

  • DEFINISI PENILAIAN
Menurut Stufflebeam et. al, 1971
Penilaian sebagai the process of delineating, obtaining and providing useful information for judging decision alternatives. 
    Menurut Terry D. TenBrick, 1974
    Proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan unruk membuat pertimbangan yang seterusnya dibuat dalam membuat keputusan.

    • PRINSIP ASAS PENILAIAN 
    Guru harus menentukan:
    1. Tujuan penilaian
    2. Bidang yang dinilai
    3. Calon yang dinilai
    4. Teknik yang hendak digunakan (termasuk kesedaran kekurangan dan kelemahan dalam teknik)

    •  KEPENTINGAN PENILAIAN
    Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar
    Menolong guru-guru sejauh mana pelajar dapat menguasai perkara yang telah disampaikan.
    Membolehkan guru menilai bahan dan teknik yang digunakan serta kaedah pengajaran mereka.

    • JENIS-JENIS PENILAIAN

    Copyright© All Rights Reserved Cikguleanano.blogspot.com